EN BM

‘Ride Into Luck’ Contest Peraduan ‘Ride Into Luck’

Join Now Sertai Sekarang

Sample ReceiptContoh Resit

Terms & Conditions Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan ‘Ride Into Luck’ (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh QSR Trading Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”) , peraduan ini terbuka kepada penduduk tetap dan warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas (“Peserta”).

2. Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:

· Kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri) dan/atau;

· Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri);

· Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya).

3. Peraduan ini akan berlangsung mulai 00:01 (MYT) pada 22 Disember 2025 sehingga 23:59 (MYT) 15 Februari 2026 (“Tempoh Peraduan”).

4. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

5. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang produk QSR Trading Sdn Bhd (yang tersenarai di bawah) di mana-mana kedai, pasar raya, pasar raya besar di Malaysia, termasuk kedai dalam talian bernilai RM28ke atas (dalam satu resit pembelian) (“Bukti Pembelian”). Setiap pembelian harus mengandungi sekurang-kurangnya satu produk Ayamas atau Ayamas Kitchen.

a) Semua pembelian produk QSR Trading Sdn Bhd layak untuk peraduan ini.

Senarai produk (yang mengambil bahagian)
i) Ayamas
ii) Ayamas Kitchen
iii) Life
iv) Kewpie
v) Lactima
vi) FatBoi

b) Untuk pembelian melalui kedai dalam talian, tangkapan skrin ('screenshot') butiran pesanan pembelian mesti menunjukkan status 'Delivered' dan / atau Invois (dari e-mel) dengan transaksi yang berjaya ('successful transaction') sebagai Bukti Pembelian yang sah.

c) Setiap pembelian produk QSR Trading Sdn Bhd dengan gandaan RM28 dan ke atas akan diberi satu (1) penyertaan peraduan.

Jumlah nilai pembelian (untuk produk QSR Trading Sdn Bhd sahaja) Jumlah Penyertaan Peraduan
Contoh A: RM28 1
Contoh B: RM56 2
Contoh C: RM100 3

6. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan Peraduan dengan syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan cetakan resit asal pembelian produk QSR Trading Sdn Bhd bernilai RM28 ke atas sebagai Bukti Pembelian. Setiap resit layak digunakan sekali sahaja . Penyertaan akan dibatalkan jika resit yang sama digunakan lebih dari satu (1) kali.

a) Nota: Resit pembelian (yang dimuat naik) mestilah imej yang jelas dan penuh dengan maklumat tempat pembelian, tarikh, nombor resit, jumlah dan menunjukkan produk yang mengambil bahagian.

7. Peserta perlu menghantar penyertaan mereka melalui aplikasi web / laman sesawang (“Mekanisme Peraduan”).

Cara dan Maklumat Penyertaan:

Peserta perlu menghantar penyertaan ke https://rideintoluck2026.myideascontest.com/ atau imbas kod QR yang tertera di bahan promosi peraduan / poster peraduan.

· Muat naik gambar resit pembelian (jelas dan penuh) anda.

· Isi maklumat peserta yang diperlukan.

· Jawab soalan peraduan dengan tepat.

8. Setiap penyertaan yang sah dengan jawapan yang tepat yang diterima di sepanjang Tempoh Peraduan akan diterima sebagai penyertaan yang layak.

9. Setiap peserta berpeluang untuk memenangi SATU (1) Hadiah Mingguan dan/atau SATU (1) Hadiah Utama sahaja di keseluruhan Tempoh Peraduan.

Hadiah-Hadiah

10. Hadiah Peraduan

a)

Hadiah Peraduan Tempoh Hadiah Jumlah Pemenang
Mingguan 1 22/12/2025 - 28/12/2025 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 2 29/12/2025 - 04/01/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 3 05/01/2026 - 11/01/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 4 12/01/2026 - 18/01/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 5 19/01/2026 - 25/01/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 6 26/01/2026 - 01/02/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 7 02/02/2026 - 08/02/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Mingguan 8 09/02/2026 - 15/02/2026 RM88 - TnG PIN tambah nilai 56
Hadiah Utama 22/12/2025 - 15/02/2026 Emas 15g Eksklusif Ayamas 3

Harap maklum:

· Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar.

· Pemilihan (senarai pendek) pemenang Hadiah akan dibuat berdasarkan setiap penyertaan yang sah, di mana setiap penyertaan akan diberikan nombor siri unik daripada kumpulan penyertaan yang layak. Pemenang akan disenarai pendek melalui sistem pemilihan automatik (berkomputer) dan adalah tertakluk kepada proses semakan dan pengesahan oleh Pihak Penganjur. Keputusan hanya akan dianggap muktamad selepas proses semakan dan pengesahan tersebut selesai.

· Semua pemilihan adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya terhadap Terma dan Syarat ini.

· Keputusan Penganjur adalah muktamad selepas semua prosedur pemilihan, semakan dan pengesahan dipatuhi sepenuhnya dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

11. Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penebusan hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri. Walau bagaimanapun, Penganjur akan mengambil usaha yang munasabah untuk membantu dan memudah cara proses penebusan hadiah, tertakluk kepada Terma dan Syarat Peraduan ini.

Kriteria Pengadilan

12. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

13. Para pemenang akan dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp dan/atau panggilan telefon oleh Pihak Penganjur. Sekiranya pemenang gagal dihubungi atau gagal menuntut hadiah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh notis pemenang, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang tersebut dan memilih pemenang gantian. Pengumuman melalui media sosial adalah sebagai makluman tambahan dan bukan notis rasmi.

14. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang.

15. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan/atau Instagram Pihak Penganjur pada tempoh 30 - 45 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman Facebook dan/atau Instagram Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

Hak Pihak Penganjur

16. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang didapati tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah, selepas proses semakan dan penilaian yang munasabah dijalankan oleh Pihak Penganjur selaras dengan Terma dan Syarat Peraduan ini.

17. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya serta bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan dengan ini bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya daripada sebarang tuntutan berkaitan, kecuali dalam hal di mana kerugian tersebut berpunca secara langsung daripada kecuaian yang terbukti oleh Pihak Penganjur.

18. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayani. Peserta dengan ini bersetuju bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Penganjur.

19. Dengan mengikuti Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan/atau mana-mana ejen pihak ketiga yang dipilih oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini.

20. Setiap peserta bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan maklumat peribadinya dan juga menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat di dalam segala aspek. Setiap peserta bersetuju bahawa Penganjur boleh, untuk jangka waktu yang munasabah, kecuali jika disarankan sebaliknya, menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pembuatan profil, termasuk mengirim pesanan elektronik atau membuat panggilan telefon kepada peserta.

21. Nilai hadiah tepat pada masa dicetak. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

22. Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, yang berpunca daripada tindakan atau kecuaian pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat kurier atau penyedia perkhidmatan logistic atau akibat keadaan di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, tidak akan diganti. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan berhak menolak sebarang kewajipan untuk menggantikan atau memenuhi hadiah tersebut.

23. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan kempen ini.

24. Penganjur tidak akan memikul tanggungjawab atau tanggungan terhadap Hadiah / produk / baucar / e-baucar dan dengan jelas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan atau sokongan, tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e- baucar yang ditawarkan di bawah Program Penebusan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama tersebut. Segala perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama harus diselesaikan oleh pengguna secara langsung dengan pemilik jenama.

25. Sekiranya Peraduan ini terganggu dengan apa cara pun atau tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dijangkakan secara munasabah atas sebab di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, maka Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah terma dan syarat Peraduan ini, menangguhkan, menamatkan atau membatalkan Peraduan, jika diperlukan, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Publisiti

26. Penerimaan hadiah menandakan bahawa pemenang memberikan keizinan kepada Pihak Penganjur dan/atau agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto pemenang bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang melibatkan penggunaan tersebut, Pihak Penganjur akan memaklumkan pemenang berkenaan setakat yang praktikal dan munasabah.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

27. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

28. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

29. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman, percanggahan, kesamaran atau perbezaan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau sebarang versi Bahasa lain terma dan syarat ini, versi yang tertera di laman sesawang peraduan akan diguna pakai.

Penggantungan

30. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Perlindungan Data

31. Dengan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju untuk, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, gantirugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.

32. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika diperlukan untuk tujuan menganjur Peraduan ini, atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna QSR Trading Sdn Bhd

Pengguna yang dihormati,

Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-

(a) Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada penyertaan Peraduan;

(b) Data peribadi Individu dikumpul untuk (“Peraduan”);

(c) Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda;

(d) Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;

(e) Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;

(f) Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;

(g) Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan

(h) Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +603 7886 5886 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (kecuali cuti negeri atau cuti umum).

Personal Data Protection Act 2010

Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") to consumers of QSR Trading Sdn Bhd

Dear Consumers,

Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as an individual ["Individual"]. It informs the Individual of your rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular:-

a) That we ["Organizer"] collect Individual's personal data directly from the Contest form entry;

b) Individual's personal data is collected for the ("Contest");

c) Individual has the right to access and correct their personal data once given;

d) Individual's personal data is disclosed to an elected Agency for processing;

e) The personal data requested from Individual will only be used for the Contest;

f) The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void;

g) Individual personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organizer; and

h) If Individual wishes to make enquiries or give feedback, please contact +603 7886 5886on Mondays to Fridays, from 9.00am to 5.00pm (except for state / public holidays).